WHAT'S NEW?
Loading...

APPLE 2015


APPLE

 

Perancangan Apple bagi tahun 2014 dilihat termasuk satu model iPhone dengan skrOKin paparan bersaiz 4.7-inci manakala satu lagi model phablet dengan skrin paparan 5.5-inci dilancarkan pada penghujung tahun ini. Selain itu, perancangan Apple tahun ini juga menyaksikan Apple memasuki pasaran jam pintar apabila dikatakan akan melancarkan iWatch dengan dua saiz dan kesemua dakwaaan ini datang daripada Ming Chi Kuo, penganalisa KGI Securities yang memang terkenal dalam meramalkan perancangan Apple namun harus diingat ini hanyalah khabar angin dan bukanlah sesuatu yang pasti akan berlaku.

Berdasarkan perancangan ini, kita boleh merumuskan bahawa model iPhone dan iWatch pasti menarik perhatian dunia pada tahun 2014 namun terdapat juga model pembaharuan bagi iPad.

Dalam satu pembentangan kajian kepada klien, Kuo turut meramalkan akan bila kesemua produk ini akan dilancarkan. Beliau dengan yakin mendakwa bahawa Apple iPhone 4.7-inci, iWatch dan model iPad baru akan dilancarkan pada penghujung suku ketiga ( bulan September) manakala phablet iPhone akan dilancarkan pada musim percutian sekitar Krismas. Berikut adalah sedikit gambaran akan reka bentuk telefon pintar dan jam pintar yang akan dilancarkan Apple sepanjang tahun ini.

 

1.Apple iPhone 6

Model pertama dan model utama yang sejajar dengan khabar angin adalah iPhone 6 dan Kuo meramalkan dua model akan dilancarkan. Satu model iPhone ini akan mempunyai skrin paparan bersaiz 4.7-inci dengan teknologi ‘Retina Display’ yang memberikan kepadatan piksel 326ppi. Skrin paparan yang digunakan ini dijangka diperbuat menggunakan teknologi yang dikenali sebagai ‘low temperature poly-silicon (LTPS)’ yang terbukti mengurangkan pengguna bateri. Apple juga dikatakan telah mengurangkan ketebalan panel yang mengelilingi skrin antar 10 hingga 20%. Ini Adalah Reka Bentuk Apple iPhone 6, dilancarkan September

 

2.Apple iPhone 6 Phablet 5.5-inci

Apple iPhone 6 4.7” bukanlah satu-satunya model yang akan dilancarkan oleh Apple, syarikat Cupertino ini akan turut melancarkan iPhone dengan skrin paparan 5.5-inci dengan resolsui 1080 x 1920 (401ppi) dan dijangka akan mempunyai pemproses A8 dengan 1GB RAM ( sama seperti model utama) dan reka bentuk berasakan Aluminium. Menariknya, Kuo berkata, iPhone 6 5.5” 64GB akan mempunyai skrin paparan sapphire manakala yang lain akan menggunakan skrin paparan biasa. iPhone 6 Merupakan Phablet Pertama Apple?

 

3.Apple iWatch

Kuo berkata iWatch yang akan dilancarkan ini adalah peranti yang mengikut trend fesyen dan akan dilancarkan pada penghujung suku ke-3. iWatch dikatakan akan dilancarkan didalam dua saiz iaitu  dengan skrin 1.3-inci dan 1.5-inci. Teknologi skrin yang bakal digunakan pada jam pintar iWatch ini adalah skrin paparan AMOLED fleksibel dan disertakan dengan reka bentuk yang nipis dan ringan.  iWatch juha akan mempunyai salutan gelas Sapphire sebagai perlindungan, sistem pengesan biometric, NFC, pengecasan tanpa wayar dan bateri berkapasti 200-250mAh. Namun harga anggaran daripada Kuo pasti mengejutkan banyak pihak. iWatch dikatakan akan dijual lebih tinggi dengan harga tertinggi mencecah $1,000.

4.Apple iPad Air 2

Apple iPad Air dikatakan akan mendapat kemaskini tahunan pada suku ke-3 dengan Apple memperkenalkan TouchID, pemproses Apple A8 dan kamera 8MP yang lebih baik. Kuo juga meramalkan Apple akan melancarkan iPad Air lebih awal berbanding tahun lepas yang mana model tablet ini dilancarkan sebulan selepas iPhone 5S.

 

5.Apple iPad Mini Retina Display

Generasi kedua iPad Mini Retina Display juga akan disertakan dengan pemproses A8, Touch ID dan secara asasnya reka bentuk yang sama seperti model iPad Air dan hampir pasti model iPad Mini 2013 pasti akan diturunkan harga penjualanya.

 

6.Apple iPad Pro

Khabar angin mengenai satu lagi model tablet dengan skrin paparan bersaiz 12.9-inci yang dikenali sebagai “iPad Pro” pada beberapa bulan lalu adalah tinggi namun kini tiada banyak berita mengenai model ini dilaporkan. Namun, Kuo percaya Apple sedang didalam proses membangunkan tablet 12.9-inci namun 2014 mungkin bukan tahun model ini dilancarkan.

 

0 ulasan:

Catat Ulasan