WHAT'S NEW?
Loading...

MAKSUD ICT

  ICT COURSE

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.

Teknologi  maklumat  boleh  ditakrifkan  sebagai  sebarang  kaedah  yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

Teknologi  Maklumat (Information  Technology)  atau  IT  dan Teknologi Maklumat  dan  Komunikasi (Information and Communication
Technology)  atau  ICT  merupakan  teknologi  yang  diperlukan  untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek  dalam  pengurusan  dan  pemprosesan  maklumat.  Secara  tepat  dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemprosesan  dan  penyimpanan  maklumat menggunakan  perantaraan  teknologi.  Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,
telefon,  telefon  mudah  alih,  fax,  telegram,  PDA  dan  sistem  satelit  dalam  menyampaikan maklumat kepada penerima.

Definisi Maklumat

    Menurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person cognitive organisation'.

    Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Definisi komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's iunderstanding and knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably linked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information).

Manakala teknologi komunikasi (ICT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik,satelit, telegraf, modem dan sebagainya.

Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele' yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara,  animasi  dan maya.  Data dan  maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. 

Teknologi  komunikasi  membolehkan  individu  atau  kelompok  individu bertukar  data  dan  maklumat  dalam  ruang  waktu  dan  tempat  yang  tidak terbatas,  dengan  cepat  dan  dalam  masa  yang  sama  (‘synchronous’) melalui  rangkaian  setempat  atau  global. Teknologi  maklumat  dan komunikasi  dalam  konteks  pendidikan  Negara  Brunei  Darussalam  perlu dimanfaatkan  secara  bijak  dan  berkesan  untuk membangunkan ummah yang  progresif  dengan  senantiasa  bertawakal  kepada  Allah  SWT  serta menjaga  keluhuran  nilai  dan  etika  bangsa  dan  agama  dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.

FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.

1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.

2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.

3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.

4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.

5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.

6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.



PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.

Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.



PERKEMBANGAN ICT

Kaedah  penyebaran  maklumat  berkembang  mengikut  peredaran  zaman. Peringkat perkembangan penyebaran maklumat adalah seperti berikut:

Peringkat  1:  Maklumat  dipindah  dari  seorang  kepada  seseorang  lain secara  lisan.  Dalam  keadaan  tertentu  lakaran  atau  lukisan  dan binaan fizikal  digunakan.  Contohnya,  di  Malaysia,  beduk  atau  kentung  dipalu untuk  memberitahu  penduduk  sesebuah  kawasan mengenai waktu  solat atau kematian di kawasan tersebut.

Peringkat 2: Maklumat dipindahkan  dengan  menulis atau  melakar  pada tanah liat, daun, batu dan cebisan kulit. Ia disampaikan kepada pihak lain menggunakan  perantaraan  haiwan  atau  manusia.  Contohnya,  burung merpati  digunakan  untuk  menghantar  mesej  dari  seorang pembesarkepada pembesar yang lain.

Peringkat  3:  Penciptaan  teknologi  percetakan  membolehkan  maklumat disebarkan  kepada  ramai  orang  di  pelbagai  tempat  dengan  kos yang murah.  Teknologi  percetakan  member  impak  kepada  pembangunan masyarakat terutamanya di Negara Barat.

Peringkat 4: Telekominikasi moden bermula di England pada tahun 1937 dengan pengenalan peralatan telegrafik oleh Cooke dan Wheatstone (Low, 2000). Ketika itu telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal dan hanya digunakan  oleh  industry  tertentu  seperti  pasaran  saham, akhbar  dan ketenteraan.  Keadaan  tidak  berubah  sehinggalah  Alexander  Graham  Bell mencipta telefon pada tahun 1875. Teknologi komunikasi terus berkembang dengan pesat. Penggunaan media elektronik  seperti  tetuang  udara  (radio),  televisyen  dan  telefon Berjaya mengurangi masa pemindahan maklumat. Polisi digubal untuk menetukan kos  penyimpanan  dan  pemindahan  maklumat  secara elektronik.  Pada peringkat  ini  kebanyakan  maklumat  elektronik  (kecuali  telefon) memindahkan  atau  memancarkan  maklumat  secara  satu hala  sahaja. Maklumat ini pula terletak pada tangan para penyiar, wartawan dan juga pengiklanan komersial yang beroperasi dalam kerangka peraturan awam.

Peringkat 5: Teknologi media elektronik dan computer digital bergabung untuk  membentuk  komunikasi  computer. Teknologi gabungan  ini Berjaya menjimatkan masa, ruang serta berkesan kos. Dapat  dirumuskan  bahawa  pembangunan  teknologi  maklumat  Berjaya mengubah hubungan antara tiga dimensi: masa (kepantasan menghantar atau  menerima  maklumat),  ruang  (berapa  jarak  jauh  yang  boleh  anda
hantar  atau  capai  maklumat  dalam  masa  yang  tertentu,  dan  kos (berapakah  kos  yang  perlu  dibayar  untuk  menghantar  atau menerima maklumat).

Teknologi maklumat dan komunikasi secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:
• Teknologi  sensing –  Alat  yang  membantu  mengumpul  data. Contohnya:  pengimbas  imej,  pembaca  kod  palang  dan  sensor. Teknologi sensing  membantu  anda  melihat,  menggambar  dan mengumpul maklumat dari persekitaran.
• Teknologi  komunikasi –  Teknologi  komunikasi  menjalinkan sensing,  analisis  dan  teknologi  paparan.  Contoh:  faksimili,  telefon
selular, rangkaian computer dan modem.
• Teknologi  analisis -  Komputer  mengambil  data  dari  cara  sensing dan  komunikasi.  Data  ini  disimpan  dan  diproses  untu  memperoleh
maklumat  yang  berguna.  Contoh:  perkakasan  dan  perisian computer.
• Teknologi  paparan –  Alat  dan  perisian  yang  membolehkan  data yang  diproses  sampai  kepaa  pengguna  sama  ada  melalui penglihatan atau suara. Teknologi paparan membentuk antara muka atau  menjadi  penghubung  di  antara  sensing,  komunikasi  danteknologi analisis. Contoh, LCD, pencetak dan lain-lain.

KEPENTINGAN ICT

Pertama teknologi  maklumat  adalah  untuk  mengumpul  maklumat.  Ia digunakan  untuk  suntingan  dengan  menggunakan  teknologi.
Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.

Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

Ketiga,  digunakan  untuk  berkomunikasi  iaitu  ia  menjelaskan  bagaimana teknologi  maklumat  digunakan  untuk  berkomunikasi  bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

PANDANGAN PARA ILMUAN TERHADAP ICT

• Rasulullah  s.a.w.  pernah  bersabda,  maksudnya:  “Sesiapa  yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan
baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai  usahanya”.  Hadis  ini  memanifestasikan  betapa  menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan dituntut dalam Islam.

• Menurut al-Attas (1978) kekaburan dan ketidaktepatan konsep ilmu yang  dipimpin  oleh  pandangan  alam  Barat  secular telah mengakibatkan banyak  kezaliman  kepada  kehidupan  manusia  danalam.  Dengan  bantuan  ICT,  manusia  pada  hari  ini  sememangnya mengetahui  banyak perkara.  Namun  kebanyakan  perkara  yang diketahuinya  itu  tidak  memasukkan  hakikat-hakikat  penting  dalam kehidupan  seperti kewujudan Tuhan,  hari  pembalasan,  roh  dirinya sendiri  dan  lain-lain  yang  hanya  dapat  diketahui  melalui  sumberwahyu.

• Ilmuan  Islam  mempunyai  pandangan  yang  pelbagai  tentang pengertian dan konsep ilmu. Umumnya mereka bersepakat bahawa semua sumber ilmu pada  hakikatnya dating daripada sumber yang satu. Ruang lingkup ilmu amat luas dan tidak terbatas. Oleh itu ilmu yang sempurna atau mutlak adalah mutlak adalah milik Allah.

• Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak disebut sebagai ilmu walaupun  ia  menawarkan  pelbagai  maklumat  yang  rencam bentuknya. Komputer  yang  amat  canggih  dan  memiliki  keupayaan menyimpan  maklumat  yang  sangat  banyak  juga  tidak  dianggap sebagai  berilmu kerana  maklumat  tersebut  tidak  memberi  apa-apa makna kepadanya.

• Dalam era moden ini, telah banyak diperkatakan orang bahawa umatIslam ketinggalan dalam banyak bidang sains dan teknologi. Namun
sedarkah  kita  bahawa  para  saintis  barat  yang  menemui  banyak penemuan  yang  merubah  pandangan  dan  cara  kita  menjalani
kehidupan,  sebenarnya  menggunakan  dan  mengasaskan  kajian mereka dari penemuan para ilmuan Islam kita yang terdahulu.

• Dengan  kefahaman  bahawa  ICT  adalah  wasilah  yang  perlu dimanfaatkan  secara  optimum  untuk  melaksanakan  proses
kesepaduan  ilmu  yang  sebenar,  al-Attas  mencadangkan  supaya seseorang  itu  mestilah  terlebih  dahulu  menguasai  ilmu  fardhu  ain
yang bertepatan dengan peringkat kehidupannya.

• Menyedari hakikat bahawa pemilikan ilmu dapat menguasai elemen strategik  yang  sangat  diperlukan  oleh  kehidupan  manusia, kepentingan mengamalkan pendekatan selektif dan proaktif seperti yang cuba dilakukan Osman Bakar, Syed Hussien Nasr dan ramai lagi tokoh saintis moden Islam terhadap sains dan teknologi Barat perlu dipandang serius.

• Usaha  ini  disokong  oleh  ulama  tersohor  al-Qardhawi.  Menurutnya, tidak  terdapat  sebarang  dalil  syariah  yang  melarang  umat  Islam
mengambil  pemikiran,  kaedah  atau  system  asing  yang  bermanfaat selagi  tidak  bercanggah  dengan  syariat.  Ia  akan  menjadi  lebih
sempurna sekiranya nilai-nilai kerohanian Islam dapat diterapkan.

• Islam  mengangkat  manusia  sebagai  khalifah  sekalian  alam.  Umat Islam yang seharusnya menyedari hakikat ini amat digalakkan untuk
meneroka,  menggunakan  dan  meneliti  secara  bijaksana  demi menjalankan  tanggungjawabnya  memakmurkan  alam  sebagai
tempat  yang  selesa  didiami  disamping  menghayati  keesaan, kekuasaan dan keagungan Maha Pencipta.

2 ulasan: Leave Your Comments