WHAT'S NEW?
Loading...

pilihan selapas diploma (ICT)

selepas anda tamat pengajian di kv dan memegang sijil diploma, anda boleh mendaftar kan  diri untk masuk ke ums,, antara syarat syarat nya ialah ::



Syarat Kemasukan

Syarat kelayakan masuk ke Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk kepada peraturan Pengajian Prasiswazah UMS. Pelajar-pelajar yang dipilih ke Universiti ini adalah melalui cara-cara seperti berikut:

Saluran Utama

Calon-calon hendaklah:

a. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau                                                                     
    Lulus Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau
    Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau
    Lulus Diploma / Sijil dalam bidang berkaitan IPTA-IPTA lain dan

b. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Permohonan kemasukan ke UMS bagi pengambilan setiap tahun adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

Pemohon boleh melayari Laman Web 
http://www.moe.gov.my untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenainya disiarkan dalam akhbar utama tempatan.


KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN STPM / SETARAF

Syarat Am Universiti 

Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai


dan


Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya :


o   Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am

dan

o   Gred C (NGMP 2.00) dalam mata dua (2) mata pelajaran lain

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).


KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN MATRIKULASI KPM / ASASI SAINS UM /  ASASI SAINS UiTM

Syarat Am Universiti 

Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai


dan

Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).


KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN STAM / SETARAF

Syarat Am Universiti 

Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai


dan

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2013 dan 2012

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian Universiti English Test (MUET).


KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

Syarat Am Universiti 

Lulus sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam amta pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai


dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

atau

Lulus Peperiksaan Matrikulasi Tahun 2012 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

atau

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2011 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET)

0 ulasan:

Catat Ulasan