WHAT'S NEW?
Loading...

peranti baru hari ini

peranti baru hari ini.

peranti ini sangat menarik bagi anda semua selamat membaca.
peranti mempunyai keistimewahan iaitu 5 kelebihan dalam satu komputer.


kebanggaan syarikat elektronik dengan rekaan hibrid 2 dalam 1 mereka diluntur oleh rekaan Toshiba.Toshiba berkeputusan untuk pergi lebih jauh dengan rekaan komputer riba 5 dalam 1.
Peranti baru dari syarikat ini menampilkan chasis aloi magnesium yang kelihatan seperti MacBook serta skrin sentuh 13.3 inci.
Komputer ini mampu melakukan tugas-tugas biasa seperti mana-mana komputer lain. Namun, antara ciri yang pasti akan menarik perhatian anda adalah kebolehan skrin peranti ini untuk dibuka lebih jauh berbanding komputer riba lain, hampir sama seperti peranti Yoga dari Lenovo selain ciri dimana keyboard komputer ini boleh dicabut.
Komputer ini juga mempunyai “engsel” pada bahagian tepi skrin yang berfungsi sebagai tapak untuk penggunaan speaker Harman Kardon yang ditampilkan pada peranti ini.
Bagi mode “kanvas”, komputer riba ini mampu memberikan pengguna sudut yang sesuai untuk melukis dengan menggunakan pen stylus yang disediakan.
Ciri terakhir pada peranti ini adalah mode televisyen/pembentangan dimana komputer ini mampu ditetapkan pada sudut tegak. Untuk faktor hubungan pula, komputer riba ini dilengkapi oleh dua port USD, slot MicroSD, jack serta slot kabel HDMI mini.
Memandangkan komputer riba ini masih lagi dalam bentuk konsep, Toshiba belum membei sebarang kenyataan dari segi spesifikasi, harga mahupun bila ia akan dipasarkan.
Sekurang-kurangnya pengguna mampu untuk melihat konsep baru yang bakal kita lihat bagi komputer riba generasi baru. juga dapat mata masyakat akan datang tentang elektronik..

0 ulasan:

Catat Ulasan