WHAT'S NEW?
Loading...

teknologi terkini

teknologi terkini...

teknologi di negara kita semakin pesat jadi kita perlu ambil tahu tentang perkembang teknologi,.
mari kita tentang teknologi ini,,,


Biasanya teknologi-teknologi yang diperhatian di media massa adalah berkaitan pemproses terbaru, telefon pintar / tablet terbaru dan sebagainya, tetapi tidak banyak menyebut tentang kemajuan dalam peranti atau alat penunding.
 Peranti Penunding

Peranti Penunding : Kini dan Masa Hadapan

Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan peranti penunding tidaklah sepantas perkembangan pemproses, namun ia sangat penting dalam mempertingkatkan pengalaman penggunaan komputer atau peranti mudah alih.
Alat penunding asas yang biasa digunakan oleh kebanyakan pengguna komputer untuk menginput arahan ke komputer atau peranti mudah alih ialah keyboard, mouse, stylus pen dan touchscreen. Di samping itu, terdapat juga produk-produk innovasi yang membenarkan pengguna memasukkan input dengan cara yang lebih menarik. Antaranya peranti Leap Motion yang akan kami akan kupas lebih lanjut dalam artikel ini.
Tanpa membuang masa, kita akan melihat satu per satu peranti penunding (selain keyboard dan mouse) yang memberi impak besar dalam areana teknologi komputer dan peranti mudah alih.

Stylus Pen

Stylus pen telah wujud sejak zaman awal peranti mudah alih dengan skrn sesentuh muncul dipasaran. Peranti seperti PDA (Personal Digital Assistent) Palm Pilot menggunakan stylus sebagai input data kerana pada zaman itu touchscreen yang menggunakan jari masih belum menjadi peranti arus perdana.
Dengan kemunculan touchscreen yang menggunakan input jari, Stylus Pen kelihatan seolah-olah hendak pupus. Namun Samsung membawanya semula ke perhatian pasaran dengan penawaran barisan telefon pintar dan tablet Galaxy Note. Bagi sesetengah pengguna, penggunaan jari untuk memberi input kepada tablet atau telefon pintar tidak begitu jitu dan ada kalanya menyusahkan.
surface-pro-review-2
Jadi, dengan pengenalan semula Sylus Pen, yang digabungkan dengan perisian dan kuasa memproses peranti yang semakin canggih, peranti mudah alih dilihat semakin popular kerana kejituan inputnya membolehkan pengguna melakukan banyak kerja pada peranti mudah alih yang memerlukan kejituan seperti penggunaan editor gambar, mengambil nota dengan cepat dan mudah dan sebagainya. Lagipun, pengguna semakin muak menggunakan keboard pada skrin peranti kerana sering membuat kesilapan ejaan dek jari yang besar.
Tetapi sestengah pengguna tidak gemarkan penggunaan stylus pen kerana ia mudah hilang dan tertinggal di mana-mana selepas digunakan.
Peranti Penunding
Dengan Microsoft Surface Pro 2 dilengkapi pen stylus, dijangka lebih banyak peranti dengan pen stylus akan diperkenalkan, terutamanya pada tablet. Ini kerana dalam sesetengah aplikasi penggunaan mouse lebih baik daripada jari, namun pengguna tidak mahu menyusahkan diri membawa mouse, sebaliknya stylus pen adalah alternatif paling sesuai untuk menggantikan mouse dalam peranti mudah alih seperti tablet.

Leap Motion

Leap motion menggunakan sensor yang dipasang secara luaran ataupun dibina dalam seperti dalam laptopHP Envy Leap Motion. Peranti membolehkan pengguna menginput arahan ke komputer menggunakan gesture tangan ala Minority Report. Ia juga mempunyai ketepatan yang sangat tinggi dan boleh mengesan pergerakan kesepuluh-sepuluh jari tangan.
Peranti Penunding
Sekilas pandang sesiapa pun akan bersetuju ia sangat berguna untuk permainan video. Selain itu ia mungkin bagus untuk perisian dan persembahan 3D di mana pengguna boleh memanipulasi objek 3D pada komputer dengan mudah dan bergaya. Video di bawah menunjukkan beberapa contoh penggunaannya.
Walaubagaimanapun sukar untuk menjangkakan samada peranti sebegini akan menjadi peranti penunding arus perdana, mungkin agak kekok membayangkan penggunaan HP Envy Leap Motion di tempat awam dengan segala gestur-gestur yang pelik. Lagipun kebanyakan masa, pengguna akan menggunakan keyboard untuk melakukan kerja pada komputer. Nampaknya kita perlu lihat reaksi pasaran terhadapnya nanti.

Perisian Touchscreen Microsoft

Perisian ini pernah diulas di Techkini dan ia dilihat sesuatu yang sangat berguna terutamanya dalam situasi bekerja dalam pasukan. Secara asasnya perisian ini digandingkan dengan peranti Microsoft Kinect  dan projector untuk membolehkan gambar yang di pancarkan di projektor digunakan sebagai touchscreen.
Ini bermakna semasa membuat persembahan di projektor, pengguna boleh menekan antaramuka komputer yang dipancarkan pada dinding seperti mana ia mengunakan touchscreen.
Peranti Penunding
Sistem ini dibangunkan Ubi Interactive dan Microsoft, namun belum berada di pasaran. Bagi pengguna korporat, ia sangat berguna, namun sebagai individu, tidak banyak kegunaan dapat difikirkan untuk peranti ini.

Treadmill 360 darjah Virtuix

Treadmill 360 darjah Virtuix digunakan bersama-sama peranti Oculus Rift, iaitu satu alat paparan realiti maya yang dibangunkan untuk pengalaman permainan 3D yang lebih mendalam. Jika alat paparan Oculus Rift memaparkan imej, treadmill ini membolehkan pemain menginput pergerakkan seperti berlari dan berjalan, disamping berpusing 360 darjah terus ke dalam permainan video. Ia juga mempunyai alat penembak maya yang berfungsi sebagai senjata dalam permainan seperti rifel dan pistol.
Ini membolehkan pengguna bukan sekadar bermain permainan video dengan lebih mendalam, tetapi ia juga membolehkan pengguna bersenam pada masa yang sama. Virtuix akan melancarkan produk ini tidak lama lagi dan ia menyasarkan harga sekitar USD 400 – USD 600. Peranti ini dijangka akan menjadi “game changer” di mana ia akan mengubah bagaimana permainan video dimainkan. Ia mungkin memerlukan pemainnya dalam keadaan sihat tubuh badan.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai alat penunding berada di pasaran sekarang, kebanyakannya mempunyai kecanggihan yang memang menakjupkan, tetapi akhirnya kita perlu melihat sejauh manakah ia praktikal dalam aplikasi dunia sebenar. Peranti Leap Motion, sebagai contoh, sememang satu produk yang innovatif, namun sejauh manakah pengguna inginkan peranit penunding yang kelihatan kekok semasa digunakan?
Pada pendapat kami, Pen stylus berkemungkinan besar mendapat tempat yang signifikan di dalam bidang teknologi terutamanya yang melibatkan tablet dan peranti mudah alih sepertinya. Memandangkan desktop PC semakin lama semakin pupus, di mana ramai yang beralih kepada tablet atau laptop convertable untuk menyiapkan kerja, Pen stylus dilihat dapat menggantikan mouse sebagai satu peranti penunding pilihan pengguna kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

0 ulasan:

Catat Ulasan