WHAT'S NEW?
Loading...

jenis jenis NOS

1.0   JENIS-JENIS NOS
Sesuai fungsi komputer pada sebuah rangkaian, maka jenis rangkaian komputer dibezakan menjadi dua jenis rekabentuk rangkaian iaitu:
1)   Rangkaian peer to peer
2)   Rangkaian client - server



1.1  Rangkaian peer to peer
-      Setiap komputer yang dihubungkan pada rangkaian dapat berkomunikasi dengan komputer-komputer lain secara langsung tanpa melalui komputer perantara.
-      Pada rangkaian ini sumber terbahagi pada seluruh komputer yang dihubungkan dalam rangkaian tersebut, baik dari sumber daya yang berupa perkakasan mahupun perisian dan datanya
-      Komputer yang dihubungkan dalam rangkaian peer to peer pada dasarnya mampu untuk bekerja sendiri sebagai sebuah komputer stand-alone.
-      Jenis rangkaian seperti ini sesuai untuk membina sebuah kumpulan kerja di mana setiap penguna komputer boleh saling berkongsi dalampenggunaan peranti keras.
-      Membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, fail dan kebenaran kemasukan (access) untuk berkongsi maklumat daripada komputer lain.
-      Setiap komputer berfungsi sebagai client dan juga server.
-      Juga dikenali sebagai workgroup. Workgroup menggambarkan kumpulan yang kecil.

KEBAIKAN PEER TO PEER
1.    Kos dapat dikurangkan - fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
2.          Sistem - Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.

KEBURUKAN PEER TO PEER
1.    Tidak berpusat - Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
2.          Keselamatan - Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.




1.2    Rangkaian client-server
-      Terdapat sebuah komputer berfungsi sebagai server sedangkan komputer yang lain berfungsi sebagai client
-      Komputer server berfungsi dan bertugas melayani seluruh komputer yang terdapat dalam rangkaian tersebut.
-      Sedangkan komputer client (workstation) sesuai dengan namanya menerima lanyanan dari komputer server 
-      Membolehkan rangkaian memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file server.
-      Kelebihan: keupayaan untuk memasuki server daripada platform yang berbeza.
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.
-      Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.
-      Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan.
-      Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

KEBAIKAN CLIENT-SERVER
1.    Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
2.    Memenuhi keperluan - ManaUana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
3.    Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
4.    Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.

KEBURUKAN CLIENT-SERVER
1.    Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
2.    Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.
3.     Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.

0 ulasan:

Catat Ulasan