Pengenalan
Rangkaian
Komputer
Komputer
Rangkaian terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk
membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan
sebagainya) pertukaran fail, atau dengan erti kata lain untuk membolehkan
perkongsian secara elektronik. Rangkaian komputer boleh wujud dalam bentuk:
Rangkaian
Kawasan Setempat (LAN)
Rangkaian
Kawasan Bandar(MAN)
Rangkaian
Kawasan Luas(WAN)
Tatasusun
komputer dalam Rangkaian Kawasan Setempat boleh wujud dalam dua keadaan:
peer-to-peer
client-server
Rangkaian
Kawasan Setempat
Rangkaian
Kawasan Setempat (LAN) merupakan kawasan rangkaian yang terhad pada batasan
geografi seperti sebuah makmal, sesebuah sekolah atau bangunan.
Dalam
konfigurasi tipikal LAN, salah sebuah komputer dijadikan sebagai fail pelayan
(file server) yang berfungsi untuk menyimpan semua perisian yang mengawal
sistem rangkaian tersebut. Semua komputer yang disambungkan kepada fail server
ini dikenali sebagai stesen kerja (workstation). Komputer stesen kerja terdiri
daripada komputer biasa spesifikasinya rendah daripada komputer server dan juga
mungkin mempunyai perisian-perisian pada cakera kerasnya.
Kabel
digunakan untuk menghubungkan LAN melalui Kad Rangkaian yang dipasang pada
setiap komputer.
Sila lihat
tutorial tentang Topologi, Pengkabelan, dan Perkakasan untuk maklumat lanjut
tentang konfigurasi LAN
Rangkaian
Kawasan Bandar
Rangkaian
Kawasan Bandar (MAN) meliputi kawasan geografi yang lebih luas seperti sebuah
daerah atau bandar. Rangkaian Kawasan Meluas menyambungkan beberapa Rangkaian
Kawasan Setempat dalam sesuatu tempat untuk membolehkan perkongsian maklumat
dilaksanakan. Universiti tempatan dan agensi-agensi kerajaan menggunakan
Rangkaian Kawasan Meluas untuk berhubung dengan dengan masyarakat lain dan
"private industries".
Salah satu
contoh MAN ialah MIND Network yang terletak di Pasco County, Florida yang
membolehkan perhubungan antara Pusat Media Pasco dengan Pusat Kerangka Utama
dengan menggunakan talian telefon, kabel sepaksi, dan juga pembekal komunikasi
tanpa wayar.
Rangkaian
Kawasan Luas
Rangkaian
Kawasan Meluas (WAN) meliputi kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri,
negara dan dunia. Untuk mewujudkan WAN memerlukan sistem pangkabelan yang
merentasi laut atau dengan penggunaan gelombang mikro atau satelit.
Penggunaan
WAN membolehkan komunikasi antara negeri dapat dilaksanakan dengan cepat.
Sekolah-sekolah di Malaysia boleh berhubung dengan sekolah-sekolah di luar
negara dalam jangkamsa beberapa minit sahaja.
Konfigurasi
dalam WAN adalah kompleks dan memerlukan perkakasan pemultipleksan
(multiplexer) untuk menghubungkan LAN dan MAN bagi tujuan capaian ke Rangkaian
komunikasi menyeluruh seperti Internet.
Kepada
pengguna, WAN tidak banyak berbeza dengan LAN dan MAN
Perkakasan
Pengenalan
Perkakasan
rangkaian terdiri daripada komputer, peralatan, kad rangkaian dan lain-lain
perkakasan yang diperlukan untuk membolehkan komunikasi dan pemprosesan data.
Fail
Server
Fail
server dalam sistem rangkaian merupakan nadi yang menghidupkan keseluruhan
rangkaian dalam sistem rangkaian pelanggan-pelayan (client-server). Fail server
merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi, mempunyai jumlah memori dan ruang
storan yang besar, kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi Rangkaian
(Networking Operating System - NOs) dipasang pada komputer ini beserta dengan
perisian aplikasi dan fail-fail data yang perlu dikongsi oleh stesen kerja.
Komputer
Server / Fail Server berfungsi untuk mengawal-selia semua komunikasi data di
antara nod dalam rangkaian. Sebagai contohnya, fail server mungkin diperlukan
untuk menghantar perisian pemprosesan perkataa kepada satu stesen kerja,
menerima fail pangkalan data dari stesen kerja yang lain pula, dan pada masa
yang sama menyimpan mesej mel elektronik. Keadaan ini memerlukan komputer
berkuasa tinggi yang berupaya menyimpan maklumat dan membolehkan perkongsian
sumber dengan cepat. Spesifikasi komputer untuk fail server bergantung kepada
fungsi server itu sendiri.
Stesen
Kerja
Semua
komputer yang dihubungkan dengan fail server dalam rangkaian dikenali sebagai
stesen kerja (workstation). Stesen kerja tersebut dilengkapkan dengan Kad
Rangkaian, perisian rangkaian, dan kabel yang sesuai. Pada dasarnya stesen
kerja tidak memerlukan cakera liut atau cakera keras kerana fail boleh disimpan
pada komputer server. Namun begitu, pada masa kini terdapat banyak stesen kerja
yang mempunyai cakera liut dan cakera keasnya sendiri kerana harga komputer
yang semakin murah.
Kad
Rangkaian
Kad
Rangkaian (Networking Interface Card) merupakan peranti yang digunakan untuk
menghubungkan stesen kerja dengan rangkaian secara fizikal. Kebanyakan kad
rangkaian dipasang pada slot tambah dalam komputer, namun begitu terdapat juga
komputer seperti Mac Classics yang disambungkan secara luaran melalui port
bersiri atau port SCSI (Small Computer System Interface). Komputer pangku
(laptop computer) mempunyai kad rangkaian yang terbina dalam atau yang
menggunakan slot PCMCIA.
Kad
rangkaian merupakan faktor utama yang menentukan kelajuan dan
"performance" sesebuah rangkaian. Oleh itu dicadangkan supaya
pilihlah kad rangkaian yang cepat/laju (fastest) yang terdapat di pasaran.
Kelajuan kad rangkaian yang terdapat di pasaran adalah 10Mbps, 100Mbps, 10/100Mbps
dan 1000Mbps (1Gbps).
Terdapat
tiga jenis perhubungan peranti rangkaian iaitu Kad Ethernet, LocalTalk
connectors, dan Token Ring Cards. Mengikut kajian yang dijalankan oleh
International Data Corporation, Kad Ethernet adalah paling meluas digunakan
diikuti oleh Token Ring dan LocalTalk (Sant'Angelo, R. (1995), Netware
Unleashed, Indianapolis, IN: Sams Publishing).
Peralatan
Peralatan
yang perlu digunakan adalah seperti:
Crimping Tool:
Crimping Tool:
Crimping
tool adalah alat yang dibunakan untuk mengepit wayar UTP ke penyambung RJ45
Cables Tester:
Cables Tester:
Cable
Tester digunakan untuk menguji sambungan kabel sama ada betul atau tidak.
Isyarat LED digunakan sebagai penanda.
Hub/Switch
Hub/Switch
merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection
point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan
(servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian. Hub/Switch digunakan dalam
topologi bintang bersama dengan kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cables).
Pengulang
/ Repeaters
Peranti
antara-rangakaian yang digunakan untuk menambah jarak maksimum satu-satu LANs.
Pengulang akan mengambil semua isyarat yang sampai kepadanya, segarkan semula, dan menghantar kesemuanya pada LANs yang seterusnya.
Pengulang berfungsi pada Lapisan Satu OSI dan tidak menyekat data-data yang tidak diperlukan termasuk data-data yang rosak.

Satu
contoh terbaik penggunaan pengulang ialah di dalam LANs yang menggunakan
topologi bintang dengan kabel UTP Kategori 5 (Unshielded Twisted-Pair Categori
V). Jarak maksimum kabel ialah 100 meter sahaja.
Jambatan
/ Bridges
Jambatan/Bridges
digunakan untuk menghubungkan dua LAN yang sama protokol komunikasi / alamat
rangkaian (Ethernet-Ethernet, Token ring-Token Ring). Bridge beroperasi pada
Lapisan Dua OSI. Berikut adalah beberapa kegunaan bridge:
Bridge berkeupayaan menapis data agar data yang dialamatkan kepada LAN berkenaan sahaja yang melaluinya. Sebagai contoh sekiranya terdapat dua LAN, iaitu LAN 1 dan LAN 2. Walaupun semua stesen kerja menghantar data, tetapi salah satu stesen kerja di LAN 1 menghantar ke LAN 2, maka hanya data dari stesen kerja tersebut sahaja dibenarkan melalui bridge. Dengan kaedah ini bridge dapat mengurang trafik di dalam LAN.
Di samping itu setiap bridge mempunyai keupayaan asas, iaitu learn, filter dan forward.
Remote Bridge boleh digunakan untuk menghubungkan dua LANs yang berjauhan.
Bridge menjadikan dua LAN yang disambung menjadi satu rangkaian (mempunyai nombor rangkaian yang sama).

Router
/ Pengulang
Router
juga digunakan untuk menghubungkan antara LAN tetapi yang berbeza protokol
komunikasi / alamat rangakaian. Ciri-ciri router adalah seperti berikut:
Router boleh menentukan laluan mana yang terbaik untuk dilalui sekiranya terdapat lebih daripada satu laluan.
Router hanya perlu mengetahui rangkaian yang dilalui sahaja berbeza dengan bridge yang perlu mengetahui semua alamat nod yang ada dalam rangkaian.
Router beroperasi pada Lapisan Tiga OSI.
Pada kebiasaannya router digunakan untuk menyambung LANs yang besar dan juga untuk mengbungkan LAN dengan WAN.
Router berkeupayaan membawa maklumat kepada dua protokol yang tidak sama (Ethernet - Token Ring, dan sebagainya).
Membawa maklumat melalui kabel fiber optik, kabel sepaksi, dan kabel pasangan terpiuh (twisted pair).
Membawa maklumat merentasi topologi bus, star dan "star-wired" ring.

Sekiranya
sekolah anda mempunya Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan ingin membuat
sambungan ke Internet, maka anda perlu membeli router. Dalam keadaan ini,
router berfungsi sebagai penterjemah antara maklumat dalam LANs dan Internet.
0 ulasan:
Catat Ulasan