ICT COURSE
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.
Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,
telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Definisi Maklumat
Menurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person cognitive organisation'.
Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan.

Definisi komunikasi
Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again may be viewed in terms of the structure of that structure of that interchange or its function in affecting people's iunderstanding and knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably linked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information).
Manakala teknologi komunikasi (ICT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik,satelit, telegraf, modem dan sebagainya.
Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele' yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan.
Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.

FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer. Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar. Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan tenaga.

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.
Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.

PERKEMBANGAN ICT
Kaedah penyebaran maklumat berkembang mengikut peredaran zaman. Peringkat perkembangan penyebaran maklumat adalah seperti berikut:
Peringkat 1: Maklumat dipindah dari seorang kepada seseorang lain secara lisan. Dalam keadaan tertentu lakaran atau lukisan dan binaan fizikal digunakan. Contohnya, di Malaysia, beduk atau kentung dipalu untuk memberitahu penduduk sesebuah kawasan mengenai waktu solat atau kematian di kawasan tersebut.
Peringkat 2: Maklumat dipindahkan dengan menulis atau melakar pada tanah liat, daun, batu dan cebisan kulit. Ia disampaikan kepada pihak lain menggunakan perantaraan haiwan atau manusia. Contohnya, burung merpati digunakan untuk menghantar mesej dari seorang pembesarkepada pembesar yang lain.
Peringkat 3: Penciptaan teknologi percetakan membolehkan maklumat disebarkan kepada ramai orang di pelbagai tempat dengan kos yang murah. Teknologi percetakan member impak kepada pembangunan masyarakat terutamanya di Negara Barat.
Peringkat 4: Telekominikasi moden bermula di England pada tahun 1937 dengan pengenalan peralatan telegrafik oleh Cooke dan Wheatstone (Low, 2000). Ketika itu telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal dan hanya digunakan oleh industry tertentu seperti pasaran saham, akhbar dan ketenteraan. Keadaan tidak berubah sehinggalah Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1875. Teknologi komunikasi terus berkembang dengan pesat. Penggunaan media elektronik seperti tetuang udara (radio), televisyen dan telefon Berjaya mengurangi masa pemindahan maklumat. Polisi digubal untuk menetukan kos penyimpanan dan pemindahan maklumat secara elektronik. Pada peringkat ini kebanyakan maklumat elektronik (kecuali telefon) memindahkan atau memancarkan maklumat secara satu hala sahaja. Maklumat ini pula terletak pada tangan para penyiar, wartawan dan juga pengiklanan komersial yang beroperasi dalam kerangka peraturan awam.
Peringkat 5: Teknologi media elektronik dan computer digital bergabung untuk membentuk komunikasi computer. Teknologi gabungan ini Berjaya menjimatkan masa, ruang serta berkesan kos. Dapat dirumuskan bahawa pembangunan teknologi maklumat Berjaya mengubah hubungan antara tiga dimensi: masa (kepantasan menghantar atau menerima maklumat), ruang (berapa jarak jauh yang boleh anda
hantar atau capai maklumat dalam masa yang tertentu, dan kos (berapakah kos yang perlu dibayar untuk menghantar atau menerima maklumat).
Teknologi maklumat dan komunikasi secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:
• Teknologi sensing – Alat yang membantu mengumpul data. Contohnya: pengimbas imej, pembaca kod palang dan sensor. Teknologi sensing membantu anda melihat, menggambar dan mengumpul maklumat dari persekitaran.
• Teknologi komunikasi – Teknologi komunikasi menjalinkan sensing, analisis dan teknologi paparan. Contoh: faksimili, telefon
selular, rangkaian computer dan modem.
• Teknologi analisis - Komputer mengambil data dari cara sensing dan komunikasi. Data ini disimpan dan diproses untu memperoleh
maklumat yang berguna. Contoh: perkakasan dan perisian computer.
• Teknologi paparan – Alat dan perisian yang membolehkan data yang diproses sampai kepaa pengguna sama ada melalui penglihatan atau suara. Teknologi paparan membentuk antara muka atau menjadi penghubung di antara sensing, komunikasi danteknologi analisis. Contoh, LCD, pencetak dan lain-lain.

KEPENTINGAN ICT
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

PANDANGAN PARA ILMUAN TERHADAP ICT
• Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan
baginya jalan menuju ke syurga, maka sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu sebagai tanda meredai usahanya”. Hadis ini memanifestasikan betapa menuntut ilmu itu adalah suatu usaha yang diredai dan dituntut dalam Islam.
• Menurut al-Attas (1978) kekaburan dan ketidaktepatan konsep ilmu yang dipimpin oleh pandangan alam Barat secular telah mengakibatkan banyak kezaliman kepada kehidupan manusia danalam. Dengan bantuan ICT, manusia pada hari ini sememangnya mengetahui banyak perkara. Namun kebanyakan perkara yang diketahuinya itu tidak memasukkan hakikat-hakikat penting dalam kehidupan seperti kewujudan Tuhan, hari pembalasan, roh dirinya sendiri dan lain-lain yang hanya dapat diketahui melalui sumberwahyu.
• Ilmuan Islam mempunyai pandangan yang pelbagai tentang pengertian dan konsep ilmu. Umumnya mereka bersepakat bahawa semua sumber ilmu pada hakikatnya dating daripada sumber yang satu. Ruang lingkup ilmu amat luas dan tidak terbatas. Oleh itu ilmu yang sempurna atau mutlak adalah mutlak adalah milik Allah.
• Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak disebut sebagai ilmu walaupun ia menawarkan pelbagai maklumat yang rencam bentuknya. Komputer yang amat canggih dan memiliki keupayaan menyimpan maklumat yang sangat banyak juga tidak dianggap sebagai berilmu kerana maklumat tersebut tidak memberi apa-apa makna kepadanya.
• Dalam era moden ini, telah banyak diperkatakan orang bahawa umatIslam ketinggalan dalam banyak bidang sains dan teknologi. Namun
sedarkah kita bahawa para saintis barat yang menemui banyak penemuan yang merubah pandangan dan cara kita menjalani
kehidupan, sebenarnya menggunakan dan mengasaskan kajian mereka dari penemuan para ilmuan Islam kita yang terdahulu.
• Dengan kefahaman bahawa ICT adalah wasilah yang perlu dimanfaatkan secara optimum untuk melaksanakan proses
kesepaduan ilmu yang sebenar, al-Attas mencadangkan supaya seseorang itu mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu fardhu ain
yang bertepatan dengan peringkat kehidupannya.
• Menyedari hakikat bahawa pemilikan ilmu dapat menguasai elemen strategik yang sangat diperlukan oleh kehidupan manusia, kepentingan mengamalkan pendekatan selektif dan proaktif seperti yang cuba dilakukan Osman Bakar, Syed Hussien Nasr dan ramai lagi tokoh saintis moden Islam terhadap sains dan teknologi Barat perlu dipandang serius.
• Usaha ini disokong oleh ulama tersohor al-Qardhawi. Menurutnya, tidak terdapat sebarang dalil syariah yang melarang umat Islam
mengambil pemikiran, kaedah atau system asing yang bermanfaat selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ia akan menjadi lebih
sempurna sekiranya nilai-nilai kerohanian Islam dapat diterapkan.
• Islam mengangkat manusia sebagai khalifah sekalian alam. Umat Islam yang seharusnya menyedari hakikat ini amat digalakkan untuk
meneroka, menggunakan dan meneliti secara bijaksana demi menjalankan tanggungjawabnya memakmurkan alam sebagai
tempat yang selesa didiami disamping menghayati keesaan, kekuasaan dan keagungan Maha Pencipta.

bibliografi mana?
BalasPadamreferences mana?
byk bacot
Padam