PANDUAN PENJAGAAN DAN PENGGUNAAN KOMPUTER PERIBADI, KOMPUTER RIBA
DAN PENCETAK
PENDAHULUAN
Penjagaan perkakasan ICT selalunya
tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
Namun begitu, penyelenggaraan ringkas dan penjagaan yang betul penting
bagi menyelamatkan sistem dari kerosakan serius dan memastikan jangka hayat perkakasan
yang lebih panjang. Sehubungan itu, panduan ini disediakan untuk membantu
pengguna dalam aspek penjagaan perkakasan ICT yang dibekalkan. Bagi aspek
keselamatan pula, pengguna boleh merujuk Garis Panduan
Keselamatan Pejabat Jabatan Peguam
Negara yang terdapat dalam Laman Web Jabatan. Di samping itu, ia turut
menyediakan panduan penggunaan perkakasan yang betul dari aspek kesihatan. Panduan
ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian, iaitu Panduan Penjagaan Komputer
Peribadi, Panduan Penjagaan Komputer Riba dan Panduan Penjagaan Pencetak.
A. PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER PERIBADI
1. PERKAKASAN
1.1 MONITOR
• Untuk memanjangkan hayat monitor,
jangan menutup lubang udara dengan
barang perhiasan atau kain tebal.
• Jarakkan monitor dan dinding sebanyak
20 cm untuk laluan udara.
1.2 CPU
• Dapatkan sedikit ruang lebih kurang
20 cm antara CPU dan dinding untuk
laluan udara.
• Pastikan CPU jauh dari medan magnet
yang boleh mengganggu prestasi
komputer.
• Letakkan di kawasan yang sejuk dan
kering, serta jauh dari pancaran
matahari. Sekiranya lembab, ia boleh
merosakkan komponen di dalam
CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja
boleh rosak, tetapi akan
mengakibatkan bahaya kepada
penggunaannya.
• Bagi kerja-kerja penyelenggaraan
dalaman, vakum celah-celah bilah kipas
dan sink haba dengan dibantu berus
kecil. Setelah selesai kerja, skrukan
balik kipas di atas sink haba dan
pastikan kipas CPU berpusing bila
komputer dihidupkan.
• Susun kabel-kabel dalam CPU agar
laluan udara tidak dihalang di
kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.
1.3 PAPAN KEKUNCI (KEYBOARD) DAN
TETIKUS (MOUSE)
• Merupakan perkakasan luar yang paling
banyak bergerak dan mudah
rosak.
• Papan Kekunci - Cuci permukaan papan
kekunci dengan kain atau tisu
lembap. Vakum celah-celah kekunci
dengan dibantu berus kecil serta
gunakan cecair pencuci CD dengan tisu
pada tanda-tanda degil.
• Jangan membiasakan makan dan minum di
depan komputer. Air minum
yang tertumpah pada papan kekunci boleh
mengakibatkan takungan air di
dalamnya dan merosakkan papan kekunci
(rujuk Gambar rajah 8).
• Tetikus - Pusingkan penutup ke kiri
atau ke kanan, keluarkan bebola
tetikus dan cuci dengan kapas campur
setitik dua cecair pencuci CD.
Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian
dalam tetikus dan cuci pada
tetikus dengan kain lembap.
Ruangan dalam tetikus yang perlu
dibersihkan secara berkala.
1.4 BEKALAN KUASA (POWER SUPPLY)
• Vakum debu dan habuk di kawasan kipas
A dan di laluan udara B (rujuk
Gambar rajah 13). Dalam masa yang
singkat, kedua-dua tempat ini akan
cepat menyimpan debu dan boleh
menganggu operasi kipas.
• Setelah selesai tugas, pastikan
kabel-kabel reben tidak menghalang arah
udara masuk di bahagian B.
• Semasa meletakkan komputer dekat
dinding, pastikan laluan udara kipas
unit bekalan kuasa tidak dihalang.
• Komputer harus dilindungi dari
bekalan elektrik yang tidak stabil seperti
berikut:
a) Arus elektrik terlalu tinggi dari
bekalan AC dinding.
b) Bekalan elektrik terlalu rendah
menyebabkan komputer sering restart.
Peralatan UPS (Uninterruptible Power
Supply atau Voltage Stabilizer)
boleh menapis kebisingan dan
menstabilkan bekalan elektrik yang terlalu
tinggi atau terlalu rendah. Selain itu,
UPS dapat menyelamatkan data
atau perkakasan komputer sekiranya
bekalan elektrik tertutup dengan
mengejut atau keadaan arus elektrik
yang kurang stabil. Oleh itu, untuk
menutup komputer, pengguna perlu
melakukan Shut Down yang
sempurna.
2. PERISIAN
• Simpan atau download semua driver
serta manual yang dibekalkan kerana
sekiranya ada masalah pada sistem,
pemasangan dapat dibuat semula
dengan mudah. Salin semua driver ke
satu direktori dalam cakera keras atau
USB.
• Pastikan PC dipasang dengan program
anti-virus dan sentiasa dikemas kini
(update). Jalankan checkdisk dan
scandisk setiap minggu atau bila disyakki
sistem terganggu. Buat defragment pada
cakera keras (hard disk) setiap
minggu atau sebulan sekali. Tujuannya
supaya sistem tersusun kemas dan
cakera keras tidak perlu bekerja keras
setiap kali ada pencarian program atau
fail.
• Hapus (delete) fail yang tidak perlu.
Fail-fail yang tidak perlu ini termasuklah
fail-fail yang berakhir dengan .chk,
fail-fail log dan fail-fail yang digunakan
sementara (temporary files). Hapuskan
juga cookies atau history sekiranya
perlu dalam browser (Contoh: Internet
Explorer atau Mozilla Firefox).
• Buang program yang tidak digunakan
(uninstall). Proses uninstall dibuat
dengan memilih program tersebut dan
pilih menu uninstall. Bagi paparan
yang tiada menu tersebut, klik menu
START - SETTINGS - CONTROL
PANEL dan cari menu ADD/REMOVE
PROGRAMS. Klik program yang ingin
dibuang dan tekan ADD/REMOVE.
• Membuat salinan data (copy) pada
storan tambahan seperti USB atau
external hard disk sebagai langkah
berjaga-jaga jika berlaku kerosakan tidak
dijangka pada hard disk, yang boleh
menyebabkan kehilangan data.
Selain penjagaan perkakasan dan
perisian, cara penggunaan juga memainkan
peranan.
• Tutup komputer anda dengan betul
iaitu dengan menekan menu START -
SHUT DOWN/TURN OFF COMPUTER – OK/TURN
OFF. Sekiranya anda
ingin meninggalkan komputer anda buat
seketika, anda disyorkan
menggunakan menu STAND BY.
• Letakkan CD-ROM di dalam bekasnya
(Jewel Box) untuk elak dari debu,
kesan calar atau kelembapan. Pegang
CD-ROM dengan tidak menyentuh
permukaan kilat.
• Tutup komputer, monitor dan pencetak
dengan penutup plastik atau kain
sekiranya ia tidak akan digunakan agak
lama.
• Amalkan langkah-langkah ‘ergonomik’
(istilah yang merujuk kepada sesuatu
reka bentuk peralatan yang direka untuk
kesesuaian fizikal manusia) di
ruang kerja bagi mengelakkan
simptom-simptom seperti:
i. Computer Vision Syndrome (CVS) -
Sindrom sementara yang disebabkan
oleh pemfokusan mata dengan computer
display akibat kerja komputer
terlalu lama. Antara simptom CVS adalah
seperti pening, keletihan dan
sakit leher.
ii. Repetitive Strain Injury (RSI) -
Kerosakan tisu dan otot yang boleh
mengakibatkan kesakitan, akibat
keletihan yang melampau.
• Langkah-langkah ergonomik yang
disarankan adalah seperti berikut:
i. Ubah suis kecerahan dan kontras di
panel monitor ke tahap sederhana
dan pastikan skrin monitor di kedudukan
yang kurang atau tiada silau.
Silau dari tingkap boleh dikurangkan
dengan kedudukan monitor yang
menghadang tingkap atau penggunaan
langsir supaya kecerahan ruang
kerja boleh diubah dari semasa ke
semasa.
ii. Menggunakan komputer terlalu lama
tanpa henti boleh menyebabkan
keletihan pada mata. Anda dinasihatkan
mengalih pandangan dari skrin
monitor sesekali dan fokus pada sesuatu
objek yang jauh.
iii. Tempatkan monitor di kedudukan
hadapan anda dengan jarak yang
selesa. Jika banyak menggunakan
dokumen, anda dinasihatkan untuk
meletakkannya di hadapan anda dan
monitor pada sebelahnya. Cuba
posisikan kedudukan paling atas skrin
di bawah garis pandangan anda
semasa duduk menghadap papan kekunci.
iv. Sebelum memulakan kerja:
a) Ubah kedudukan skrin monitor, papan
kekunci, tetikus dan dokumen
tugasan pada kedudukan yang paling
selesa. Pastikan ada ruang
untuk menggunakan tetikus dengan mudah
dan rehatkan pergelangan
tangan semasa tidak menaip.
b) Ubah kedudukan pada kedudukan yang
selesa dari segi jarak
penglihatan dan postur. Skrin
seharusnya mempunyai jarak 18 hingga
30 inci dari anda mengikut kesesuaian.
c) Teknik penggunaan papan kekunci dan
tetikus adalah penting.
Pastikan kedudukan bahagian atas badan
berada pada kedudukan
yang tenang dan jangan memaksa
pergelangan tangan serta jari anda
bergerak berlebihan. Secara amnya,
lengan anda perlulah berada di
kedudukan mendatar dan siku berada
sejajar dengan papan kekunci
dan tetikus (rujuk Gambarajah 13).
e) Sekiranya kaki tidak sampai pada
lantai di kedudukan anda yang
paling selesa, gunakan tempat rehat
kaki.
f) Gunakan pemegang dokumen (document
holder) jika melakukan
kerja-kerja salinan dari dokumen ke
komputer.
v. Jenis kerja dan peralatan media yang
digunakan menjadi penentu kepada
jangka masa yang perlu diambil untuk
berehat bagi mengelakkan
keletihan. Secara amnya:
a) Anda perlu berhenti seketika sebelum
benar-benar letih.
b) Berehat dalam masa yang pendek
tetapi kerap lebih memuaskan dari
berehat dalam jangka masa yang lama.
Berehat dalam jangka masa
30 saat - 2 minit setelah 20 – 30 minit
menggunakan komputer adalah
lebih efektif berbanding 15 minit setiap
2 jam.
c) Sebaik-baiknya jauhkan pandangan
dari skrin semasa berehat dan
elakkan aktiviti yang hampir sama
dengan kerja anda seperti menulis
atau bermain silang kata.
B. PANDUAN PENJAGAAN KOMPUTER RIBA
• Hindarkan dari menggunakan bateri dan
pengecaj (charger) yang tidak
sesuai dengan komputer riba yang
digunakan. Hubungi khidmat pelanggan
(customer service) dari pembekal
sekiranya bateri dan pengecaj tidak boleh
mengecaj komputer riba yang digunakan.
• Elakkan menggunakan komputer riba di
atas paha atau di atas karpet kerana
permukaan yang lembut akan menyebabkan
udara tidak dapat berjalan
dengan sempurna di bawah komputer riba
dan menjadikan ia overheating.
• Jangan meletakkan beban berat di atas
komputer riba. Ia akan
mengakibatkan litar (circuit) di dalam
bateri menjadi mudah rosak.
• Jauhkan kedudukan bateri dengan
sebarang benda yang diperbuat dari
logam.
• Tidak meletakkan komputer riba di
tempat yang terkena pancaran matahari
atau dibiarkan lama di dalam kenderaan.
• Tidak menumpahkan air di atas
komputer riba. Walaupun mengering dan
berfungsi secara normal kembali, namun
litar di dalam komputer riba ataupun
bateri secara perlahan-perlahan akan
berkarat.
• Menjaga komputer riba dan bateri
mengikut panduan.
• Gunakan salah satu bekalan kuasa
dalam sesuatu masa, sama ada bateri
yang dicaj penuh atau pemasangan
komputer riba terus ke plug.
C. PANDUAN PENJAGAAN PENCETAK
• Habuk-habuk yang terdapat pada
pencetak boleh merosakkan komponenkomponen
pencetak tersebut. Badan pencetak boleh
dilap dengan kain atau
tisu lembap.
• Buka penutup pencetak, cuci sekitar
dalaman dengan tisu kering atau berus kecil
sebaik-baiknya setiap satu atau dua
minggu. Jika perlu, bungkus pencetak
dengan plastik agar terhindar dari
kotoran.
• Keluarkan bekas ink (kartrij), cuci
di kawasan jet dari lebihan ink. Kartrij
pencetak dipenuhi penghubung halus yang
mempengaruhi hasil cetakan,
gunakan kartrij dengan berhati-hati
termasuk semasa mengganti kartrij.
• Jimatkan penggunaan pencetak jika
perlu agar kualiti cetakan sentiasa optimum
dan penggunaan dakwat menjadi lancar.
• Matikan suis pencetak jika tidak
digunakan.
• Gunakan Diagnostic Tools yang
selalunya dibekalkan bersama pencetak.
Pelajari perisian tersebut kerana
informasi yang disediakan boleh membantu
pengguna mengatasi permasalahan dalam
mencetak serta panduan
penggunaan.
• Matikan pencetak jika gagal mencetak.
Kegagalan mencetak boleh diatasi
dengan mematikan butang suis pencetak,
kemudian cabut kabel dari PC yang
digunakan (Local Printer). Setelah
sepuluh minit, pasangkan kabel tersebut pada
plug, hidupkan semula pencetak.
Kemudian cuba cetak kembali.
0 ulasan:
Catat Ulasan